BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Sabtu, 6 Ogos 2011

PEMERIKSAAN SEMINGGU SETELAH DISERAHKAN KERJA-KERJA PEMBERSEHAN SECARA BERKONTRAK

Pada Hari Sabtu, 6 Ogos 2011, lawatan pemeriksaan setelah seminggu kerja-kerja pembersehan dibuat secara berkontrak di tiga buah Tanah Perkuburan Islam daripada lima buah yang telah dikontrakkan secara berpenggal (term contract) selama setahun, mulai 1 Ogos 2011 sehingga 31 Julai 2012.  

Tempat-tempat yang telah dilawati ialah Makam Sultan Hussin Kamaluddin (Makam Diluba), TPI Ranggas Besar dan TPI Kiarong (dekat Jame Asr).   Lawatan diketuai oleh Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria.

Dalam lawatan cuma berpuashati keadaan pembersehan di Makam Diluba.  Yangmana telah dilihat dalam keadaan yang memuaskan.  Di dua tempat yang lain belum memuaskan lagi.

Tinjauan tidak berkesempatan bagi melawat dua lagi Tanah Perkuburan Islam yang berkontrak iaitu Tanah Perkuburan Islam Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Terunjing.

MAKAM DILUBA
(Keadaan Memuaskan Hati)

YM Hj Rosli DP Hj Zakaria Ketua UTTPI merasa berpuas hati diatas kerja-kerja yang telah dibuat selama seminggu.

Pemotongan rumput dan pembersehan dinding peghadang bukit dalam keadaan yang memuaskan.

Pemotongan rumput dalam keadaan yang rapi.

Lantai lagoon nampak berseh.

Kawasan letak kereta juga nampak rapi.


TANAH PERKUBURAN ISLAM RANGGAS BESAR.
(Belum Memuaskan Lagi)

Perkerja Kontraktor sering berkerja secara berkumpulan. Apabila ditanya mereka menjawab mereka takut berada didalam kawasan perkuburan.

Longgokan sampah yang sudah lama belum pernah dibuang.

Kelihatan keadaan belum rapi walaupun sudah berlalu masa dalam seminggu.

Sampah daun kering sudah lama dibiar diluar pagar.



TANAH PERKUBURAN ISLAM KIARONG (JAME ASR;)
(Juga Belum Memuaskan Lagi)

Kebersihan lantai pondok nampak tidak berseh.

Membuang rumput bagi menanam bunga adalah perkara yang belum diperlukan lagi.

Pekerja ini nampak berkeadaan malas menjalankan kerja pembersihan.

Batang buluh dibuang begitu sahaja maseh dalam kawasan perkuburan.

Kelihatan tidak berseh walaupun sudah berlalu selama seminggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan