BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 16 Ogos 2011

MAKAM DUA ORANG SULTAN DI KOTA BATU DI TERANGI CAHAYA

Pada Hari Isnin 15 Ogos 2011, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menerima laporan lampu dalam kawasan kedua-dua Makam tidak mengeluarkan cahaya.  Makam-makam tersebut ialah Makam Sultan Brunei yang kelima iaitu Makam Sultan Bolkiah dan Makam Sultan yang ketiga iaitu Makam Sultan Sharif Ali.

Turut berada disana ialah Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan dan Yang Mulia Haji Rosli bin Dato Peduaka Haji Zakaria Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam. serta beberapa orang kakitangan jabatan dan pemborong yang dipanggil.

YM Hj Yusri Hj Bakir sedang memeriksa sama ada bekalan elektrik terputus atau tidak. Di Makam Sultan Bolkiah.

Keadaan bekalan elektrik didapati tertutup

Kelihatan lampu spotlite telah mengeluarkan cahaya menandakan bekalan elektrik telah kembali pulih.

Kakitangan kontraktor elektrik sedang memeriksa bekalan elektrik di Makam Sultan Sharif Ali.


Setelah dipereksa dengan teliti didapati bekalan terputus.dan setelah itu didapati kebal pembekal arus elektrik telah dicuri orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan