BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Jumaat, 12 Ogos 2011

TPI TAIGOI 'A' KAMPONG RIMBA TELAH DIBERSEHKAN

Pada Hari Jumaat 12 Ogos 2011 sekumpulan seramai 40 orang Pegawai dan Kakitangan IT Protective Security Service Sdn Bhd (ITPSS) telah mengadakan kempen kebersehan di sebuah Tanah Perkuburan lama di Kampong Rimba Mukim Gadong.  Yangmana perkuburan tersebut bernama TPI Taigoi “A”.

Rombongan diketuai oleh Ketua Pegawai Kerja Syarikat (CEO), Yang Mulia Awang Samsul Bahri bin Haji Kamis.  Ianya diadakan sebagai aktiviti tahunan mereka.  Diakhir majlis mereka telah membacakan tahlil dan doa Arwah.

Kelihatan Ketua Rombongan YM Awg Samsul Bahri  Hj Kamis sedang mencakar daun-daun kering untuk dibuang.

Dimana mereka tekun membersihkan kawasan TPI ini.

Sebahagian lagi yang sedang membersehkan kawasan ini, sebagai kerja amal mereka.

Kelihatan tanah kubur ini rapi. apa bila dibersehkan.

Sebahagian daripada Ahli Waris sedang membaca surah Yasin dan bertahlil. Yang sering diadakan dalam bulan Ramadan dan Syawal.

Salah seorang ahli waris kubur ini adalah penduduk asal Kampong Rimba sendiri dan maseh menetap di Kampong itu.

Lebal tanda nama kubur dan pagar disebalah hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan