BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Ahad, 23 September 2012

K. M SARAWAK DAN WAKIL RAKYAT SARAWAK TELAH MELAWAT KE MAKAM DIRAJA.

Pada Hari Ahad, 23 September, Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Seri Mohammad Taib bin Mahmud bersama Yang Berhormat Awang Tengah bin Ali Hassan, wakil Rakyat dari Lawas telah mengadakan lawatan ke Kubah Makam Diraja, bagi menzarahi Makam Al Marhum Sultan Haji  Omar Ali Saifuddin ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al Marhum Pengiran Bandahara Pengiran Anak Haji Abdul Rahman.

Lawatan dilakukan beliau berdua ke Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Perkahwinan Diraja diantara Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd Yakup.

Menyambut kedatangan tetamu luar negara itu Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU serta pegawai-pegawai di Unit ini.

Bacaan tahlil dan doa arwah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Awang Haji Matassim bin Haji Metussin.  Turut hadir Yang Mulia Mudim Haji Abdul Latif bin Haji Saman.

Kelihatan YAB Tan Seri Taib bin Mahmud Ketua Menteri Sarawak, berbaju batik dikiri beliau YB Awg Tengah bin Ali Hassan wakil rakyat Kawasan Lawas.

Sebahagian daripada para jemputan yang hadir.

Kakitangan UTTPI dari kiri YM Awg Hamri Mantin, YM Awg Kafli Abd Ali, YM Awg Mirassan Hj Tasat, YM Awg Mail Tahir, YM Awg Sophan Hj Hussin, YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi, YM Hj Abd Jufri Hj Jaafar dan YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly.

Dari kiri YM Awg Sulaiman Mohammad dan YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut.

YAB  Ketua Menteri Sarawak dipersilakan untuk menyiram air asah-asahan kemakam
Almarhum Sultan Hj Omqr Ali Saifuddin dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

YAB sedang menyiram diatas makam Almarhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddin III

YB Awg Tengah Ali Hasan menyiram di Makam Sultan Hj Omar Ali Saifuddin III.

YAB menyiram Makam Almarhumah Raja Isteri Pg Anak Damit.

YB menyiram atas Makam Almarhumah Raja Isteri Pg Anak Damit sambil diperhati oleh YAB. 

YAB menanadatangani buku pelawat sambil diperhati oleh YM Pg Alli Pg Hj Mohammad Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU.

 YB Awg Tengah menandatangani buku lawatan juga diperhati oleh YM Pg Alli Pg Mohammad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan