BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 13 November 2012

MURID SEK. REN. SULTAN ABD MUBIN KG SG BESAR MELAWAT KUBAH MAKAM DIRAJA.

Pada Hari Selasa 13 November 2012 satu lagi rombongan murid sekolah telah mengadakan lawatan ke Bangunan Kubah Makam Diraja.  Ianya adalah dari Sekolah Rendah Sultan Abdul Mubin, Kampong Sungai Besar.

Dalam lawatan tersebut mereka berkesempatan membacakan Tahlil dan Doa Arwah bagi kedua Ayahnda dan Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Saadul Khairi Waddin dan Al Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit (Sultan Brunei Yang Ke 28).

Bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Hidup.

Mereka sedang mengaminkan doa tahlil yang dibacakan oleh YM Ustaz Mohd Fahmi Hj Hidup.

Kelihatan dua orang guru perempuan juga mengaminkan doa.

Kelihatan kesemua murid dan tiga orang guru.

Murid-murid mendengar penerangan daripada YM Abd Kifli Abd Lalim mengenai dengan Makam Al Marhumah Duli Raja Isteri Pg Anak Damit.

Mereka ditunjukkan Makam Al Marhum Sultan Hashim Sultan Brunei Yang Ke 25.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan