BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 5 November 2012

T. P. I. SUNGAI AKAR AKAN DIBINA PAGAR, JALAN LALUAN DAN TANDA KUBUR.

Pada Hari Isnin 5 November 2012, satu penyerahan tapak bagi dibina kemudahan asas telah dilakukan bagi Tanah Perkuburan Islam Kampong Sungai Akar telah dijalankan.   Tanah Perkuburan Islam tersebut buat masa ini tidak aktif lagi terletak di Simpang 166, Jalan Sungai Akar. Yangmana ditapak tersebut akan dibina pagar keliling, jalan masuk dan tanda nama kubur.

Hadir dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Dari bahagian Pemeliharaan Tanah Perkuburan Ialah Yang Mulia Haji Rozaini dan Yang Mulia Haji Mohd Zainin bin Haji Metarsad serta seorang wakil dari Syarikat Nurasa Construction & Maintenance.  

Kerja-kerja dijalankan dalam tempoh enam bulan.

 Kedudukan kubur diatas bukit kecil yangmana akan dipasang kemudahan asas.

Berbaju puteh wakil kotraktor yang akan membuat kerja-kerja tersebut bersama dua orang Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly dan YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi.

YM Hj Mohd Rozaimi menerangkan kerja-kerja yang akan dibuat.

Turut hadir YM Hj Mohd Zainin Hj Metarsad dan YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut.
 
YM Pg Hj Mohd Ardey dan wakil kontraktor mengaminkan doa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan