BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Ahad, 18 November 2012

T. P. I DAGANG, TARAP BESAR, PG SAHBANDAR & DATU PENGHULU DICEROBOH ORANG ASING.

Pada Hari Ahad 18 November 2012, Pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan warga asing sedang memasuki kawasan Tanah Perkuburan Islam berdekatan daengan Tamu Kianggeh Bandar Seri Begawan.  

Tanah-Tanah perkuburan tersebut ialah Tanah Perkuburan Islam Dagang, Tanah Perkuburan Islam Tarap Besar, Tanah Perkuburan Islam Pengiran Sahbandar Mohd Salleh dan Tanah Perkuburan Islam Pengiran Datu Penghulu.

Ianya adalah disebabkan keramai yang berlangsung di Bandar Seri Begawan sempena Ulang Tahun ke 42 tahun pertukaran nama ibu negara dari Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan.

Pehak pengawasan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah memantau diketuai oleh Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Suliman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Pagar kubur yang sudah siap yang sering tempat warga asing lepak pada tiap hari Ahad.

 Kelihatan dua orang warga asing sedang bercereta dan makan diluar pagar kubur yang baru siap dipasang.  Sebelum itu mereka berluluas memasuki kedalam kawasan dan membuang sampah merata-raata.

 Sekarang setelah siap dipasang pagar baru nampak sudah teratur dan berseh.

Nampak diluar pagar ada terdapat sisa sampah yang dibuang oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan