BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 5 Disember 2013

KEMPEN KEBERSIHAN BAGI T. P. I. SHARIF MUFAKEH

Pada Hari Khamis 5 Disember 2013, kempen kebersihan telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Sharif Mufakeh.  Olih sebab keberadaannya dalam tempat terkawal maka kerja-kerja bagi membersihkannya amatlah sukar.

Pada masa ini Tanah Perkuburan tersebut sudah dilingkung pagar Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.  Dimana pihak Unit Tanah-Tanah Pekuburan Islam terpaksa memohon kebenaran terlebih dahulu untuk masuk kekawasan tersebut bagi tujuan pembersihan.

Rombongan telah diketuai olih Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad,  Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Turut hadir Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Dua orang Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam iaitu Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Morsidi.

Kerja-kerja pembersihan seperti memotong rumput dan kayu dikendalikan olih empat orang buruh Unit ini iaitu Yang Mulia Awang Othman bin Danis, Yang Mulia Awang Nordin bin Osman, Yang Mulia Awang Sazali bin Haji Abdul Rahman  dan Yang Mulia Awang Mohammad bin Haji Dollah.

Dalam keadaan hujan gerimis YM Pg Alli Pg Hj Mohammad berpayung bercerita dengan seorang pegawai Polis (Kawalan Diraja)

Kubur yang dipercayai dimiliki olih Pg Harimau yang berasal dari Kg Kianggeh.

Manakala kubur ini dipercayai dimiliki olih Sharif Mufakeh.

Seorang buruh YM Awg Nordin Osman sedang menebas mengunakan parang.

Seorang lagi buruh YM Awg Sazali Hj Abd Rahman mengunakan mesin rumput sikut.

Membaca tahlil dan doa arwah, dari kiri YM Awg Sulaiman Mohammad, YM Hj Ibrahim Hj Ratu dan YM Pg Alli Pg Hj Mohammad.

YM Pg Alli Pg Mohammad mengikuti bacaan tahlil.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan