BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Rabu, 4 Disember 2013

T. P. I. SG BIAWAK DIBERI KEMUDAHAN ASAS

Pada Hari Rabu, 4 Disember 2013, pihak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Biawak, Pulau Muara Besar, Pekan Muara, Mukim Serasa.

Lawatan diketuai olih Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu bersama Pegawai-Pegawai yang lain iaitu Yang Mulia Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Awang Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yang Mulia Awang Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan dua orang Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam iaitu Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Morsidi.

Kerja-kerja pembinaan kemudahan asas bagi Tanah Perkuburan tersebut diberikan percuma dari pemaju yang mengandalikan pemajuan Pulau Muara Besar dari Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).


Peta Pulau Muara Besar

Lebal nama kubur telah dipasang dihadapan kubur nampak dari Pelabuhan Muara.

Pagar keliling juga dipasang bagi mengelak kemasukan binatang buas.

Bangku batu dipasang pada pondok yang disediakan.

Pondok rehat dan pagar keliling telah dipasang.

Kubur lama yang dipindah dari Ujung Sapoh.

Tanda arah kiblat.

Pagar keliling yang tahan karat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan