BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Rabu, 4 Disember 2013

ROMBONGAN PANDU PUTERI ADAKAN LAWATAN KE MAKAM SULTAN BOLKIAH.

Pada Hari Khamis 5 Disember 2013, serombongan pelawat dari Pasukan Pandu Puteri Brunei seramai 65  orang  termasuk Ahli Jawatankuasa dan Pemimpin 2 Sekolah Menengah seluruh Negara telah mengadakan lawatan dan membersih kawasan Makam Sultan Brunei Yang Kelima iaitu Sultan Bolkiah.  Rombongan diketuai olih Pesuruhjaya Pandu Puteri Yang Mulia Dayang Hajah Nafsiah binti Haji Mohammad.

Kehadiran mereka telah disambut olih Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu,  Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan seterusnya menerangkan peranan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan menerangkan tentang Makam Sultan Bolkiah.

Hadir sama ialah dua orang Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam iaitu Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Morsidi.

Selepas penerangan mengenai makam tersebut, para perserta melawat-lawat kawasan Makam dan memerhati keadaan sekeliling.  Mereka seterusnya mengikuti bacaan tahlil dipimpin olih Yang Mulia Awang Kafli bin Lalim.

Pada akhir majlis mereka telah bergotong royong membersih kawasan Makam dan Kubur tersebut.


Setelah sampai kelokasi ketua rombongan YM Dyg Hjh Nafsiah Hj Mohammad memberi arahan untuk berbaris.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam menerangkan peranan unit, dan sedikit sejarah menenai Sultan Bolkiah.

Kelihatan para pelawat berserta Pengawas mendengar penarangan yang disampaikan.

Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam menarangkan serba sedikit sejarah Sultan Bolkiah iaitu Sultan Brunei Yang Kelima.

Para pelawat mengikuti dari belakang untuk menuju ke Kubah Makam Sultan Bolkiah, bersama ialah YM Awg Sulaiman Mohammad Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu menerangkan kubur bersebelahan Makam Sultan Bolkiah ialah Makam Puteri Laila Menchanai (Permaisuri Beginda) 

YM Awg Kafli Hj Lalim, Pembaca Al Quraan, mengepalai bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Para pelawat mengaminkan doa sambil mentasmik melihat dari buku Yasin.

Sebahagian lagi pelawat yang ada, manakala tambak besar iaitu ialah tambak Makam Sultan Bolkiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan