BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 11 September 2012

JENAZAH DIKEBUMIKAN TIDAK MENGIKUT SYSTEM YANG DISEDIAKAN DIATAS T. P.I. YANG BERSUSUN MENGIKUT GILIRAN.

Pada Hari Isnin 10 September 2012 pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan daripada buruh yang ditugaskan bagi menjaga dan memelihara Tanah Perkuburan Islam Terunjing.  Iaitu Yang Mulia Awang Josey bin Haji Munan.

Sebagaimana yang kita ketahui Tanah Perkuburan tersebut ialah sebuah tanah perkuburan yang bersystem.  Ia itu disusun mengikut bilangan dan didaftarkan kedalam rekod yang telah disediakan.  

Namun waris kepada simati tersebut tidak mahu pengkebumian mengikut bilangan pendaftaran yang disediakan, malahan menggali ditempat yang bukan dihaskan iaitu sebuah kawasan yang dibuat tempat laluan. Oleh sebab mereka tidak mahu mengikut peraturan yang telah disediakan disana maka satu kecacatan telah terjadi diatas Tanah Perkuburan tersebut.  Yangmana mereka mahu mengkebumikannya berdekatan dengan saudara mara mereka sendiri yang telah dikebumikan dalam masa 4 tahun yang lalu. 

Kubur yang baru dikebumikan pada Hari Ahad 9 September 2012 tidak mengikut susunan dan tidak bernumbur.  Ianya senghaja dikebumikan oleh sanak saudara berdekatan dengan kubur ahli keluarga mereka yang telah dikebumikan lebeh 4 tahun yang lalu..

Kubur bilangan pendaftaran 091 dalam zon A ialah kubur Allahyarham Awg Hj Besar Metali yang telah dikebumikan pada 4 Oktober 2007.  Dimana berdekatannya telah dikebumikan jenazah yang baru dan sepatutnya tidak dikebumikan berdekatan dan tidak memiliki bilangan pendaftaran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan