BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 18 September 2012

LAWATAN KE T. P. I. KALANG'URU, KAMPONG TANJUNG NANGKA, MUKIM SENGKURONG.

Pada Hari Selasa, 18 September 2012, lawatan telah dibuat di Tanah Perkuburan Islam Kalang'uru,  Kampong Tanjung Nangka, Mukim Sengkurong.  Lawatan dibuat kerana menerima aduan yang diterima oleh Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Mohamad. Aduan diterima dari penduduk Kampong Tanjung Nangka melalui Yang Mulia Haji Kahar bin Hussin, Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU.

Yangmana terdapat kononnya kerja-kerja pembinaan bangunan di Lot tanah persendirian yang bersempadan dengan tanah perkuburan tersebut.  Dalam pada itu kawasan Tanah Perkuburan Islam Kalag'uru juga nampak berseh setelah ditebang rumpun buluh (bambu).  Dalam pada itu boleh jadi mereka menyangka kawasan tanah perkuburan telah dimasuki dan diceroboh.

Sama-sama hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Kampong Tanjung Nangka, Yang Mulia Awang Lamat bin Nawang.  Manakala dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam. Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi, Pengawas-Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Ketua Kampong menerangkan tidak ada pencerobohan berlaku, kerana kebetulan kawasan perkuburan telah dibersehkan dengan bantuan seorang ahli perniagaan iaitu Yang Mulia Haji Zainal bin Safar, Pengurus Restoran dan Katering Soto Rindu.  

Pada masa ini sudah nampak berseh dan telah ditanda supaya akan datang orang-orang tidak lagi menanam jenazah sesuka hari.  Hasrat mereka untuk membuat perkuburan tersebut supaya bersystem.

YM Awg Lamat Hj Nawang (Ketua Kampong) menerangkan kedudukan projek disamping YM Hj Md Salleh Hj Besar (PTTPI)

Kawasan luar sempadan TPI Kalang'uru sedang diratakan oleh pemaju perumahan, dan dalam kawasan kubur juga diratakan oleh pehak lain.  Maka orang kampong menyangka diceroboh oleh pehak pemaju.

Kubur lama yang nampak sudah tersusun, makanya orang kampong terutamanya Pengusaha Restoran Soto Rindu berhasrat menjadikan kawasan kubur ini dibuat secara bersystem.

YM Awg Lamat Hj Nawang (Ketua Kampong Tanjung Nangka) menerangkan cadangan mereka untuk membina kemudahan asas kepada YM Hj Ibrahim Hj Ratu (PKTTPI)

YM Awg Julidy Hj Samsudin dan YM Awg Sulaiman Mohammad memerhati sekeliling.

YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly, YM Awg Julidy Hj Samsudin, YM Pg Hj Ardey Pg Hj Mursidi dan YM Awg Sulaiman Mohammad.

YM Hj Lamat Hj Nawang, menerangkan sesuatu kepada pegawai dari UTTPI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan