BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Sabtu, 8 September 2012

PERJUMPAAN DENGAN KETUA BAHAGIAN BANGUNAN DAN PEMELIHARAAN K.H. E. U.

Pada Hari Sabtu, 8 September 2012, satu perjumpaan dengan Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam. Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohamad telah memberi ucapan kepada semua Pengelola dan Pengawas Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yangmana beliau menyatakan hasrat bagi menghalusi lagi peranan pegawai dan kakitangan di Unit ini.

Dimana beliau berharap kakitangan unit ini akan membantu tugas-tugas Unit Pemeliharaan Tanah-Tanah Perkuburan Islam seperti mengendalikan tentang kontrak berpenggal (term contract), penindaran kemudahan asas dan lain-lain yang diperlukan dari masa kesemasa.  Ianya diperlukan bagi membantu tugas kerana kekurangan kakitangan di Unit itu.

Makanya dengan adanya bantuan daripada Pengawas yang ada akan memudahkan lagi kerja-kerja pemeliharaan disemua Tanah-Tanah Perkuburan Islam diseluruh negara.

 Kelihatan YM Pg Alli Pg Hj Mohamad sedang mempengerusikan mesyuarat.

Dari kiri YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut (Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam) dan YM Awang Julidy Hj Samsudin (Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam)

Dari kiri YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly (Penolong Pengelola) dan YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut (Pengawas).

Dari kiri YM Hj Abdul Jufri Hj Jaafar (Penolong Pengelola), YM Awang Sulaiman Mohammad dan YM Pg Hj Mohd Ardey Pg Hj Mursidi (Pengawas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan